Aku hanya anak org susah.
Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan.
Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya.
Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...
Aku menyapu jem blueberry keatas roti. Aku hanya buatkan sarapan ini sahaja buat Jungkook. Sedang aku asyik dengan kerjaku, aku merasakan pinggangku disentuh dari belakang. Bahuku terhincut dan pantas aku menoleh ke belakang.
"Jungkook.." Lelaki itu hanya tersengih melihat wajah terkejutku.
"Buat apa?" Soal Jungkook lalu memeluk seluruh pinggangku dari belakang. Dagunya direhatkan diatas bahuku. Ini membuatkan aku berdebar. Wajahku membahang.
"Buat sarapan untuk awak. Saya tengok roti ni dah lama duduk dekat sini. Nak?" Aku menghulurkan roti yang sudah aku letakkan jem kearah mulut Jungkook. Lelaki itu mengigit sedikit.
"Eumm.."
Aku tersenyum.
"Dah siap. Duduk makan." Aku menarik kerusi dan Jungkook terus melepaskan pinggangku. Dia duduk sambil mencapai sekeping roti dan memakannya. Aku tersenyum dan menarik kerusi disebelahnya. Kami makan tanpa bersuara.
"Dah habis." Kata Jungkook lalu mencapai mug yang berisi coklat panas yang aku buatkan. Selepas menghabiskan minumannya, Jungkook menongkat dagunya sambil menatapku.
"Kenapa?" Soalku apabila merasa segan ditatap begitu.
Jungkook tersenyum dan geleng kecil.
"Tak ada apa. Saja nak tengok muka awak." Balas Jungkook dan membuatkan wajahku membahang. Aku membiarkan. Baru sahaja aku ingin mengambil piring dan mug untuk dibawa ke sinki, tanganku ditahan.
"Ya?"
Jungkook tidak menjawab. Dia memusingkan tubuhku menghadapnya. Dia tersenyum. Matanya bergerak-gerak melihat setiap inci wajahku.
"Kenapa?"
"Awak cantik."
Pipiku membahang. Jantungku berdegup laju. Badanku kaku apabila melihat Jungkook menghampiri aku. Wajahnya sangat dekat dengan wajahku hinggakan hidung kami bersentuhan. Aku melihat mata Jungkook mula tertutup dan kepalanya disengetkan. Perlahan-lahan bibirnya menyentuh bibirku. Lama keadaan begitu, Jungkook mula mengerakkan bibirnya. Tangannya naik menyentuh leherku dan mendalamkan ciumannya. Aku kaku. Perutku terasa ada rama-rama didalam. Tak lama kemudian, aku cuba membalas ciumannya. Tanganku terus automatik naik memeluk lehernya. Tubuhku terus rapat dengan tubuh sasa Jungkook.
Tak lama itu, Jungkook melepaskan ciuman. Bibirnya bergerak menyentuh dari pipiku dan turun ke leherku. Automatik tubuhku mengeras. Leherku dicium dan dihidu beberapakali. Tanganku mula turun memegang sisi pinggangnya dan merasakan leher baju ku diselak. Aku mengetap bibirku apabila merasakan kulit bahuku digigit hingga meninggalkan kesan ungu.
Jungkook sudah cop kan gigitan cintanya ditubuhku.
"May I..?" Soal Jungkook dengan nafas berat dihadapan telingaku. Jantungku masih berdegup laju. Aku angguk perlahan sambil mengemamkan bibirku.
Jungkook terus bangkit berdiri lalu mengangkat tubuhku seperti bridal style. Tubuhku dibawa ke katil. Sempat mataku melihat Haneul yang sedang lena tidur dihadapan tv. Aku memandang mata Jungkook selepas tubuhku sudah berada diatas katil.
"Izinkan saya untuk masuk ke dalam dunia awak, Lee Somi." Kata Jungkook yang berada diatasku dengan nada perlahan.
Aku angguk lambat.
"Thank you, my wife."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.