抖阴社区

? 33 ?

1.4K 73 0
                                    

Hari demi hari kini anak perempuanku berusia 8 bulan.

Selama 8 bulan ini, Jeon Haneul yang banyak memberi kebahagian kepada aku dan keluarga. Haneul selalu menceriakan hari kami semua dengan telatah comel. Aku tak pernah menyesal kandungkannya selama 9 bulan. Dia cahaya aku. Dia nyawa aku.

Jungkook pula...

Selama Haneul dilahirkan, lelaki itu seperti semakin rapat denganku. Selalu menolong aku menguruskan Haneul ketika waktu malam dan menghantar kami ke klinik untuk pemeriksaan. Dia langsung tidak bercakap dengan si kecil ini. Aku tak tahu Jungkook anggap Haneul anak dia atau tak...

Tetapi sejak akhir-akhir ini, lelaki itu menjauh. Dia selalu naik angin kalau nampak Haneul mendekatinya. Lagi-lagi si kecil itu menyentuh meja kerjanya.

Dan disebabkan itu, aku selalu jauhkan Haneul darinya jikalau lelaki itu berada di dalam bilik. Aku tak mahu anak aku disakiti. Dan aku tak marah lelaki itu kerana aku tahu Jungkook penat dan dia mungkin terpaksa menjaga aku dan Haneul.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang