抖阴社区

? 41 ?

1.4K 81 4
                                    

Haneul sudah lena disebelah aku. Punggungnya aku tepuk perlahan. Aku bangkit dari pembaringan dengan perlahan dan membetulkan bajuku selepas menyusukan Haneul tadi. Aku mencapai remote tv dan menekan butang 'off' selepas lama tv itu terpasang.

"Somi."

Aku berpaling. Jungkook mendekati sofa dan duduk berhadapan dengan aku dan Haneul. Mata aku terpandang rambutnya yang masih basah itu. Jungkook baru lepas mandi.

"Ya? Awak ada nak apa-apa ke?" Soalku dengan lembut.

Jungkook geleng. "Kau nak tidur atas toto lagi ke malam ni?"

Kening aku terangkat. "Kenapa?"

"Tidur atas katil." Kata Jungkook. Matanya masih memandang aku. Tidak lepas dan membuatkan aku berdebar.

"Tapi awak nak tidur dekat mana? Sofa lagi? Tak apa. Dulu awak selalu tidur atas sofa. Nanti—"

"Kita bertiga tidur atas katil malam ni."

Aku tersentak. Apa dia kata? Aku salah dengar ke?

"A-apa dia?" Aku memandang Jungkook dengan pandangan tidak percaya.

Jungkook terus bangkit dari sofa dan mengangkat tubuh Haneul dengan perlahan. Tubuh kecil itu dibawa kearah katil. Punggung Haneul ditepuk perlahan olehnya supaya si kecil itu kembali lena selepas menganggunya tadi. Tak lama itu, Jungkook terus berpaling memandangku.

"Sini, Somi." Panggil Jungkook dengan nada perlahan supaya dia tidak menganggu Haneul.

Aku akur dan berdiri. Kaki aku menapak mendekati katil sambil mengikat rambutku sedikit longgar.

"Awak tidur sini. Saya tidur sebelah sana." Kata Jungkook sambil berdiri tegak dihadapanku. Bahu aku ditolak supaya aku duduk dibirai katil.

"Tidur. Dah lewat." Kata Jungkook lalu menapak kebirai katil disebelah sana. Lelaki itu terus barung disebelah kiri Haneul. Manakala aku baring diaebelah kanan anak kecil ku ini.

Jungkook sudah memejamkan matanya. Aku menarik getah rambutku dan letak diatas meja sisi katil. Remote lampu aku capai dan tutup. Hanya lampu tidur sahaja yang menyala.

Janggal.

Aku dapat dengar dengkuran halus yang datang dari Jungkook. Aku memandangnya. Comel. Lelaki itu tidur mengiring menghadap aku dan Haneul.

"Jungkook, kalau awak tak dapat terima saya dalam hidup awak, tak apa. Saya dan Haneul tak kisah. Kami tetap sayangkan awak walaupun awak tak ambil berat tentang kami dan kami banyak menyusahkan awak. Minta maaf, Jungkook. Saya nak awak bahagia. Saya sayang awak." Kataku dengan nada berbisik. Aku tersenyum dengan mata yang layu. Berat aku hendak menahan mata, akhirnya aku terus terlena.

Tanpa aku sedar, semua yang aku katakan tadi dapat didengari oleh Jungkook.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang