Aku membuka pintu kereta sambil memegang beg keperluan Haneul. Manakala Jungkook keluar dari kereta sambil mendukung tubuh Haneul. Mata aku melilau melihat kawasan rumah milik keluarga Jeon. Aku memandang sayu melihat rumah anjing yang dulu didiami anjing kesayangan kami yang sudah meninggal bulan lepas.
"Haneul-ahh!"
Aku tersentak apabila mendengar suara tua mama Jeon yang baru sahaja keluar dari rumah bersama papa Jeon. Kami semua tersenyum melihat mama dan papa yang gembira melihat kami pulang. Seperti yang dikatakan oleh Jungkook, selepas dia pulang dari pejabat, dia akan membawa kami berdua ke kediaman Jeon.
Jungkook memeluk tubuh mama dan papanya selepas Haneul diambil oleh mama. Aku turut memeluk tubuh tua mereka.
"Rindunya dekat kamu, Somi." Kata mama lalu mencium dahiku.
"Yo, Kookie!"
Kami semua menoleh kearah pintu pagar dimana Wonwoo dan omma baru sahaja menapak masuk ke dalam. Melihat wajah omma, aku terus berlari kearahnya.
"Omma!" Tubuhnya terus aku peluk dengan erat. Rindu sangat!
"Aigoo.. Budak ni." Omma ketawa kecil sambil menepuk belakang tubuhku. Tak lama itu, aku melepaskan pelukan lalu menoleh kebelakang memandang Jungkook yang sudah berada dihadapan kami.
"Omma." Jungkook senyum manis. Omma membalas senyuman Jungkook lalu memeluk tubuh tinggi lelaki ini.
"Aigoo... Budak manja omma." Omma mencium pinggir dahi Jungkook berkali-kali. Aku tahu, omma dan Jungkook memang rapat kerana omma menjaga anak-anak Jeon dari mereka bayi sampai sekarang. Sebab itu mereka rapat dan hormat omma.
"Mana si kecil comel tu?" Soal omma sambil melepaskan pelukan. Omma menghampiri pasangan Jeon.
"Kamu sihat tak, Kookie?" Soal Wonwoo sambil memeluk leher Jungkook.
"Sihat selalu, hyung." Balas Jungkook sambil tersenyum lebar. Dia kemudian mendengus apabila rambutnya diserabutkan oleh abangnya.
"Hai si cantik, bila kami nak dapat bayi lagi?"
Soalan Wonwoo membuatkan aku terkedu.
"Coming soon." Balas Jungkook lalu mencuit bahuku. Aku membuat muka menyampah lalu menapak mendekati omma dan mama. Aku dapat dengar yang mereka dua beradik ketawa suka. Aku abaikan sahaja dua beradik tu.
"Happy birthday, sayang uncle!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...