Aku keluar dari bilik mandi sambil mengusap kandungan aku yang berusia 2 bulan. Aku menapak kearah meja solek dan menyikat rambut ku.
"Uhuk— Uhuk—"
Mendengar itu, aku terus mengalihkan pandangan aku kearah sofa. Kelihatan Jungkook masih terbaring disitu dengan berselimut.
"Jungkook? Awak okay?" Soal aku sambil mendekatinya.
Jungkook tidak menjawab soalan aku. Dia masih menutup matanya sambil berselubung di dalam selimut. Aku meletakkan tangan didahinya. Tak panas.
"Aku tak demamlah." Kata Jungkook lalu mengalihkan kepalanya.
"Awak kena morning sickness lagi ke, Jungkook?"
Jungkook mendengus mendengar soalan aku. Dia kemudian menganggukkan kepalanya.
Kesiannya.. Dah seminggu dia kena alahan aku. Aku pula baik-baik sahaja tak kena alahan mengandung. Nasib awaklah, Jeon Jungkook.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...