"Ye sayang. Nanti saya belikan." Senyuman lebar terukir dibibir Jungkook. Mendengar suara isteri tercinta melalui telefon sudah dapat meredakan tekanannya ditempat kerja hari ini.
"Mianhae sebab susahkan awak."
Jungkook ketawa kecil. Tangannya laju mencapai kot yang tergantung dikerusi kerjanya.
"Aniya. Mana ada susahkan saya. Haneul kan anak saya juga, kan?" Jungkook tersenyum lebar lagi. Dia duduk dibucu meja kerjanya.
"Ne."
"Okaylah. Saya nak keluar pejabat dah ni. Saya akan belikan pampers Haneul semasa saya perjalanan balik ya?"
"Baik. Thank you."
"Thank you apa? Semalam awak panggil saya apa?" Soal Jungkook dengan senyuman nakal. Lama Somi terdiam, akhirnya perkataan yang ingin didengari suaminya disebut.
"Thank you, Hubby."
Mendengar itu, Jungkook ketawa suka.
"Dahlah. Saya nak mandikan Haneul ni."
"Alright, dear. I love you."
"Love you too."
Jungkook tersenyum. Dia menamatkan panggilannya bersama Somi. Dan kemudian dia tersedar ada seseorang sedang berdiri dibelakangnya. Pantas dia membalikkan tubuhnya menghadap figura itu. Mata Jungkook membulat.
"Hi darling." Senyuman manis terukir dibibir merah itu.
"Jung Yein?" Jungkook kaku.
"Long time no see, darling. Rindunya saya dekat awak." Yein mula menapak mendekati Jungkook. Manakala Jungkook terdiam ditempatnya.
"Mesra betul awak berbual tadi, ya? Dengan siapa? Isteri awak?" Soal Yein sambil bermain dengan tali leher Jungkook. Lelaki itu terus menepis tangannya.
"Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak boleh masuk pejabat saya?" Soal Jungkook sambil membetulkan tali lehernya.
"Kenapa? Tak boleh ke saya datang jengukkan cinta hati saya ni?" Kata Yein dengan nada manja. Tapi nada itu sudah tidak berkesan pada Jungkook. Lelaki itu menyimpan telefon bimbitnya kedalam poket dan mula memakai baju kotnya.
"Cinta hati? Awak mabuk ke? Kita dah tak ada apa-apa." Kata Jungkook dengan nada sedikit tegas.
"Tapi saya cinta-"
"Baliklah, Yein. Dan jangan munculkan diri awak didepan saya lagi." Tegas Jungkook lalu melangkah keluar dari pejabatnya meninggalkan Yein keseorangan.
"Tak guna." Yein mendengus.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...