Jungkook duduk diatas sofanya memerhati Somi yang sedang menyikat rambut dihadapan meja solek tanpa wanita itu sedari. Matanya kemudian turun pada perut wanita kecil itu. Masih jelas dalam kepalanya selepas melihat ultrasound yang ditunjukkan oleh doktor pagi tadi, hatinya berasa sangat bahagia. Melihat bayi itu membesar dengan sihat. Dia akui yang dia juga tidak sabar hendak melihat anaknya lahir. Melihat Somi yang selalu bersendirian sambil mengusap perutnya, dia berasa serba salah. Dia masih tidak dapat menerima wanita itu sedangkan dia sudah sedaya upaya hendak menyayangi wanita itu.
"Jungkook-ssi."
Jungkook tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Somi yang sedang menapak mendekatinya. "N-ne?"
"Awak nak makan apa? Saya nak turun nak masak untuk makan malam." Kata Somi. Dia tersenyum nipis. Tuan Jeon, Puan Jeon dan Puan Lee masih belum pulang, jadi dia akan menyediakan makan malam mereka hari ini.
"Tak perlu masak hari ni. Pergi bersiap. Kita makan dekat luar." Balas Jungkook. Dia bangkit berdiri dan menapak kearah bilik mandi. Dia masih belum mandi selepas pulang dari pejabat. Selepas ke hospital, dia membawa wanita itu ke pejabatnya kerana ada kerja yang harus diselesaikan. Wanita itu akur dan menemaninya sepanjang hari di pejabat. Dan buat kali pertama dia membawa Somi ke pejabatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...